Monday, April 17, 2017

Weekend update

Hi! 
Harini, mood nak update blog muncul awal. maybe semangat hari Isnin kot. 
Lagipun, pagi ni bos aku meeting luar, tapi aku bajet kejap lagi balik la tu, sebab selalunya kalau meeting dengan KSN mesti sekejap ja!

So, weekend haritu korang buatpa?

Weekend aku macam biasa ja.. Sabtu pagi dah keluar ke Bangi. Hantar Hafiy kelas robotik, lepastu patah balik Putrajaya, Sekolah budak2 ni buat ceramah keibubapaan. Talk disampaikan oleh Prof Dr Madya Mamat Nor dari UiTM .. best! Tak boring.



 Korang tengok la lif tu. Lif kat Quarters aku. Mengalahkan Lif Flat Hijau Presint 9! Geram aku. Aku rasa, confirm la kan yang tinggal sini semua penjawat awam.. paling rendah pon jawatan PA macam aku la kan.. tapi hmmmmmm sedih! Dah sediakan kemudahan tapi taknak sama-sama jaga!  😑😑



Yours Truly, dengan Hadif. Masa ni tengah tunggu abah depa p hantar Hafiy. 
Korang nampak tak muka hadif tu  😅😅



Close up. Haritu, tiba-tiba ada macam biji naik seketoi kat bawah bibir dia. Pastu esok tu tengok macam melepuh, then petang tu balik dari sekolah perasan ada naik lg.. makin banyak. Hari ke3 bawa pergi klinik. Doctor kata, bakteria infection. So dapat ubat sapu. sapu dulu dalam masa 10 hari. If tak melarat, tak perlu repeat. So far nampak dah kering. Pagi tadi dah takda parut hitam-hitam tu. Kalau tak, kena on antibiotik. 



Ceramah habis 11.30, rushing pergi Bangi ambil Hafiy, lepas tu singgah lunch kat tempat favourite, Mat Ayam Kampung kat PjH tu. 

 Korang dah try? Percaya lah.. sedap oi! 


Malam pulak dinner kat JomBali. Aku tepek gambar la ye.. penat plak nak cerita, tapi overall semua makanan/minuman sedap dan puas hati. Insyaallah bleh repeat untuk lunch plak.. dan breakfast! 😊😊










Ahad dok ja melangut kat rumah, kecuali pergi beli barang basah untuk stok seminggu. Habis dah kisah weekend aku kali nih.. haha nanti kita cerita lagi ya.. nak sambung kerja nih  💋💋

Bye korang!   🙋🙋🙋





 ♥

2 comments:

  1. alhamdulillah, syoknya tengok makan2 tu.. kami ahad pagi balik p hosp seberang jaya.. ayah pula kena mild stroke. huuuu..dugaan sangat Mona.. rasa nak menjerit ja...tp dugaann..tak berdaya nak tolak..semalam balik mai sini balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda.. =(
      Ni ayah sapa jaga? Linda sabaq na.. insyaallah takda apa tu.. doa insyaallah ayah cepat2 sembuh.. amiin.. Linda pon jaga diri jugak na...

      Delete