Thursday, January 7, 2021

Staycation, Berjaya Times Square

Assalamualaikum and Hi =)

Update kisah-kisah lepas. 18hb - 21hb Disember lepas, staycation di Berjaya Times Square. Saja bawa anak-anak keluar "tengok dunia." Yang tu ja berani/mampu nak bawa anak-anak bercuti. Kalau ikut hati, semua pulau aku nak rentas. Haha ;P 

Rasanya, kami buat pilihan yang tepat. Theme park dalam Berjaya Times Square tu, tak sampai 50 orang aku rasa .. kalau tolak dengan pekerja dia. Lengang! Roller coaster 1 trip ada tak sampai 10 orang. Hihi.. syabas! 





Alang-alang dah sampai sana, esoknya lajak sket masuk KLCC. Mula tu plan nak jalan-jalan ja. Tapi dah sampai sana, aku tengok kat instagram kawan aku, dia pergiAquaria, tak ramai orang. So jom, kita cuba nasib. Budak-budak ni pon tak pernah sampai lagi. Mana pernah Aquaria tu tak ramai orang kan!? 

So tadaaa...amazing! Que pon tak panjang, aku orang ke 5. Alhamdulillah, mudah betoi urusan! hihi 





So, ni ja lah percutian kami. Sedih kan. Sabar ja lah tahun 2020 ni. Sekolah sepatutnya buka kan 20 Januari ni... tapi tengok angka covid yang makin naik, risaunya dok pikir anak-anak nanti kat sekolah. Hmm... 

OK lah, stop sini dulu, tiba-tiba idea takda pulak. 

Terima kasih semua baca blog aku =) 

 ♥ ♥