Monday, August 8, 2022

MUAFAKAT MRSM, BESERI DAN PULANG BERMALAM

Hi! Lupa pulak aku ni pernah ada blog. 
Berhabuk bersawang tak berupdate. 

Tu pon, ada lagi ke yang masih rajin nak baca blog sekarang ni. Tambah-tambah blog yang 'popular sangat macam aku ni! =p 

Ok lah, toksah nak bebel macam-macam kan, kang lost point nak cerita apa. 



Kat ERL Station, Putrajaya 

Beli tiket ERL, via kiosk. Mudah 



5 Ogos, MRSM Beseri ada Mesyuarat Muafakat kali ke 25. So, tu 1st time bersemuka, lepas covid melanda negara kita Mac 2020. Kami pulak, Hafiy dah form 2 baru ada peluang nak join mesyuarat tu. So, marilah kita cuti sambil mesyuarat, yang paling penting dapat spend time dengan Hafiy weekend tu! 

Kami bertolak 4hb Ogos dari Putrajaya ke Alor Star, dengan Air Asia. Sampai sana, sewa kereta. Zasss pergi cek in. Sebelum cek in, singgah makan kat keteow Iman. (My 1st time) percaya tak koranggg haha! Dah la 1st time, lupa pulak nak ambil gambar. Bertuah! Takpa lah, korang google eh, Keoyteow Iman, Alor Star. The best keteow in town! Kalau order, jangan lupa, tambah telur mata tau! Hehe 

Kali ni, kami tidoq kat Hotel Leverage Business, Bandar Mergong. (Next entry aku cerita pasal hotel ni k.) 




Pengetua, MRSM Beseri, Tuan Haji Sulaiman bin Yusof 


Mesyuarat Muafakat Beseri habis pukul 1 lebih kurang. Semua pon rushing untuk balik solat Jumaat. Ambil Hafiy dari hostel, terus balik hotel. 

Desamara Cahaya, Block Hostel. 
Besar beg roda ye nak! haha baju nak basuh u olls 



Our number 1 


Dalam lif hotel, 1st upah  =p 





Petang tu, pukul 5 lebih, pergi Aman Central, tengok wayang. Cerita Mat Kilau. 8/10. 
Lepas tengok wayang, dinner tapau dari gerai depan hotel. Balik bilik lepak. 


Phewww end day 1.