Thursday, May 14, 2026

14 May 2025, RABU

Tarikh hari ini. Hari itu. Semuanya berubah.









  ♥

Hafiy, SPM 2025


Quick update. 

A must update post, a memory to keep! 

Alhamdulillah, Hafiy dah lepas SPM dah. Alhamdulillah doa dan hajat kami semua tercapai, dia dapat straight A+. 









Yang manis2 dari MRSM Beseri, iPad 



Alhamdulillah, syukur kurniaan nikmat dan rahmat dari Allah SWT. 


ps: Cuma, mak dgn abah aku tak dapat nak tengok kejayaan Hafiy kali ni  😞


 ♥

Tuesday, July 23, 2024

hi 2024!

Bertuah! Dah bulan Julai ha... baru nak Hi! Hi!

Rasa macam nak mula mengomel kat blog nih. 
Rasa macam banyak ja benda nk bercerita. 
Tapi tu lah, nak maintainkan satu post, satu hari.. mungkin mustahil.

Cerita mana nak mula dulu pon tak pasti.
Anak-anak macam biasa, Alhamdulillah.. masih dua. haha.. kekal berdua tu la! 

Mie pulak, makin kerap outstation, kesian.. letih kan merantau satu Malaysia sampai ke Sabah.
Minggu ni Mie di Kelantan.. dari 20hb julai haritu, Jumaat 26hb ni baru nak balik sini.. huh! 

Oh..Hafiy sekarang kat maktab tengah sibuk prepare untuk Nasional Science Challenge (NSC).
Alhamdulillah, Aqil dan 2 orang lagi kawan dia, Umai dan Quratul wakil MRSM Beseri. Top 5 Perlis. 
Sekarang tengah compete untuk wakil Perlis. Semoga kejaayaan milik MRSM Beseri. Amiinnn! 

Hadif pulak, dari 19hb (Jumaat) kuarantin, Influenza A. Kuarantin sehingga 23hb Julai (harini) kesian anak aku sorang tu huhu 






Semoga Hadif cepat sembuh tau! 


Stop sini dulu lah.. nanti aku update lagi... banyak pulak yang datang kat meja ni :P 




 ♥ 
 

Tuesday, August 16, 2022

HOBI BARU Part 2

Remember this posting? Pasal Hobi Baru

Biki dah dapat geng. Bukan 1, tapi 2. haha


ni, kecik. Aku syak anak lagi nih! 

Tapi, aku tak berani nak masukkan dalam satu tank tu. Kang bergaduh, meletup kebabom. Cumanya, yang sekor tu aku letak sekali. And guess what! Biki start produce bubbles huhu bestnya! 

Why do bettas make bubbles?

It is all to do with the breeding process. In the wild, male bettas cluster small bubbles on the water surface, or underneath floating debris and leaves to build their nests. The male betta will guard its nest and will wait for (or find) a female to spawn with. 




Awal-awal tu, masing-masing bawa diri. Sekor penjuru sana, sekor penjuru sini kekeke 






Weeee.. tunggu nanti aku update berita gembira ke tidak k haha 






 ♥

Saturday, August 13, 2022

GRAND LEXIS, PORT DICKSON


4-6 Jun 2022 
Kami satu family pergi bercuti (berehat) di Grand Lexis, PD. Tempat favourite kami anak beranak. Bukan apa, sebab mudah, anak-anak dan mak bapak budak, serta tok budak 😋 boleh senang hati ikut suka lah bila masa nak mandi kolam. Aku dengan mak especially tak payah beriya nak pakai tudung bagai pakaian yang patuh syariah  😆 Anak-anak apa lagi, sedar-sedar dah dok berendam dalam kolam. Depa memang tak reti sejuk kan! haha 


Budak berdua ni memang suka bergumpal! Mujoq la abang tu gagah perkasa, layankan ja adik sorang.
Masa ni otw to PD. 




Naik buggy car. Since bilik kat tengah laut. Kami sampai sana dah pukul 3lebih. Alhamdulillah cek in proses sangat smooth, Even ramai orang, tapi semua kaunter buka. Overall ada 5 kaunter. Bagus! 






Malam pon dia belasah. Kebetulan masa ni Hafiy kurang sihat. Puas la ajak mandi. Kesian dia 


Anak bertuah sorang ni, pagi-pagi dah merenung kolam. Bukan boleh tu nak tahan-tahan. 



              See! Sekejapan dia dah kat dalam haha 



Malam kedua tu Alhamdulillah Hafiy sihat sikit dah. Terpaksa la main sampai ke tengah malam, cover yang semalam tu tak leh nak enjoy sangat. Dahh aku dok bising suruh naik. Sejuk oiiii





Time to Check Out. Nanti kita datang lagi k. Tapi kali ni, bilik kami takda microwave. Leceh! Aku guna skill masak air sampai mendidih, then semua ku rendam air panas. Brahim to the rescue  😋




Friday, August 12, 2022

HOBI BARU



Kenalkan, pet Hadif. His name is BIKI. 😋 
Actually haritu aku belikan dia 2 ekor .. sekor betina, dia letak nama MIKI. Yang tinggal ni jantan. Kesian kesepian. 




Aku harap ikan ni bertahan lah. Tiap kali aku naik tangga nak ke atas, aku nampak dia berenang-renang tu comelnya! Cantik sangat. Nanti kita carikan kawan untuk Biki k! 






 ♥

Wednesday, August 10, 2022

KEPUTUSAN DARE TO SPELL COMPETITION, PUTRAJAYA

Referring previous posting  👈



Pertandingan ni buat kat Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11(2), Putrajaya. Semua sekali, 13 sekolah. Hadif wakil sekolah SKPP 17(1). Aku a bit excited sebab dia tak pernah join pon sebarang pertandingan sebelum ni. Thanks to Sir Ibrahim, Teacher Aini yang acknowledge Hadif. Terima kasih juga kat Teacher Shima yang banyak bantu Hadif. Almost tiap malam GM Hadif checking dia dah ready ke tak. 

Actually Hadif dapat short notice, 3hb Ogos baru tahu kena join competition. 4-5 Ogos, dia ponteng sebab nak ke Perlis. 8hb Sekolah cuti peristiwa. So very limit time untuk dia practise face to face dengan Teacher Shima. Tapi, takpa.. no pressure darling. Just do the best kan. 

Alhamdulillah, Naib Johan. Tersengih-sengih aku kat office bila teacher call bagitau. Walaupon ada sikit mistake di pihak juri. Takpa la kan Hadif, We proud of you! 

Tahniah Hadif dan Teacher Shima   💓


Thank you korang sudi baca blog aku  😘



Day last, 7 Ogos 2022

So today, 7 Ogos, Hafiy dah kena pulang ke sarang before 6pm. Tapi sebab kami naik flight. so hafiy kena balik asrama lebih awal  😕


kat Hotel lagi, dah ready

Sepanjang perjalan dari Kedah ke Perlis. 
Cantikkan view macamni, tenang ja tengok pokok padi dah mula menguning. 


Sebelum tu, kami breakfast di simpang jalan nak masuk ke MRSM Beseri. Betul-betul sebelah traffic light. Sedap! Roti canai sedap. Nasi lemak bungkus pon sedap! Nak jadi cerita, owner kedai tu satu batch dengan Hafiy. Cuma, anak dia perempuan. Peramah orangnya, bahasakan diri Maklang.  💓

First round, sementara tunggu roti canai, makan nasi lemak dulu. Nampak macam tak cukup kan sambal, tapi percayalah. Just nice! (Hafiy bawa balik asrama 2 bungkus. Tu pon sebab tu ja yang tinggal. haha!) 

Itu dia! 2 keping roti canai. Settle  😋



Overall.
Mie 2 nasi lemak, 2 roti canai.
Aku 1 nasi lemak, 1 roti canai
Hafiy 2 nasi lemak, 2 roti canai
Hadif  1 nasi lemak, 1 roti canai

😣 Alamak! Terbayang pula roti canai. Orang melayu, orang tua pulak tu buat. aaa sedap! 


Budak ni memang pantang jumpa kucing!
 Kelam kabut habiskan makan sebab nak main dengan kucing


Lepas makan, terus gerak ke MRSM Beseri. Time to say good bye 😞
Sebelum tu, Hafiy bawa kami melawat kawasan kelas dia. Sebelum ni kan terhad, nak masuk kawasan maktab pon susah. Pernah sekali tu, sorang parents ja dibenarkan untuk drive and drop anak. huhu 




See you Hafiy next month. Tiket ETS dah beli  😝


TQ korang sudi baca blog aku =)