Tuesday, November 29, 2016

Aktiviti Hujung Tahun, Cuti Sekolah



 Aku update bergambar la ye  😀



Ni hari kejadian, 20 November 2016. Hari Anugerah Cemerlang skolah SKPP (17) 1
Alhamdulillah, Hafiy dapat number 1 dalam kelas dan terbaik keseluruhan mata pelajaran Math.
Tahun depan masih lagi pengawas sekolah. Bertabah lah ye nak. Tahun depan Hadif pon sekali Darjah 1 kat sekolah yang sama  😊



Bawa kek untuk Majlis Jamuan Akhir Tahun. Serabut aku tengok Lif kat quarters ni. Aku rasa rata-rata penjawat awam. Tapi tengok la Lif, macam tinggal kat area pendatang asing. huh 😒



Hadif last day kat Little Caliphs Presint 14. Tak dapat nak join Majlis Ihtifal LC sebab tarikhnya jatuh masa diorang dah selamat sampai Kuala Nerang. Last minit tukar tarikh. Frust mokcik 😥



Ni cerita hari Sabtu. Pukul 8.30, Putrajaya Sentral. Naik ERL ke KL Sentral. ETS ke Alor Setar pukul 11.00 pagi. Best jugak 1st time naik ETS. 4 jam ja travel, tak terasa sangat. 



Kat KL Sentral. Belum apa-apa dah mengadap mesin nih 😅



Dalam ETS. Selesa. Ambil Platinum tiket. Berhenti 4 station utama ja. Dapat complimentary snack, biskut 2 jenis dengan mineral. (lupa nak snap gambar) 😁😁










Dah penat sembang, dua-dua lena.



Celik mata, mengadu lapar. Dalam ETS, coch C,ada bistro. Makanan dia sedap jugak. Mie beli nasi lemak 2, nasi tomato 2. Semua licin 😅😅 



Pukul 3.30 sampai Alor Setar, abah dah siap tunggu. Singgah makan lagi. Aku share nasi ayam dengan Hadif. Hafiy makan nasi ayam jugak. Abah dengan Mie masing-masing makan bihun goreng dengan mee goreng.



hmm telan-telan air liur tengok ni. hahaha.. kuah mak buat sendiri. Sedap oi 



Dinner. Heaven



Budak suka kucing



😄😄😄



ni gambar pagi tadi. Uwaaa rindu. Pukul 6.30pg ok dok main kat bawah dah. 😅😅

Tak sabar nak jumpa 15 Disember nanti. Insyaallah di Langkawi



 ♥