Monday, April 4, 2016

Hospital Putrajaya vs Hospital Serdang






Takda apa nak cerita sangat, cuma nak cerita sket pengalaman aku dengan Hospital kerajaan. Apa yang aku cerita ni, based on pengalaman aku sendiri. 

Kisahnya macamni, tok aku datang sini dengan mak abah aku, since hari Khamis 24 Mac 2016, Tapi tak terus datang rumah aku, stay dulu rumah paklong kat Kelana Jaya. So, masa pergi Morib, tok tak ikut lah. Hari selasa camtu, abah mak pergi ambil tok kat rumah paklong, bawa balik rumah aku. Kat office, aku dapat msg dari abah. Tok sakit, tak larat nak bangun, bila nafas, rasa sakit kat belakang badan tu.. dada. Aku risau la kan sebab tok memang ada history lemah jantung. Aku kat office ni dah macam-macam pikir. Dalam pukul 3 camtu, aku try call hospital Putrajaya. Guess what?? Dari pukul 3 tu sampai 3.45 ptg langsung tak berjawab. Korang rasa, apa patut aku rasa?? huhu... menggigil aku rasa tahan marah ya amat. Buntu aku rasa. Dah buang masa aku rasa. Come on lah.. Hospital government kot.. kena la bagi service tip top. Ok takpa. Aku google image, Nombor Telefon Hospital Putrajaya. Nasib aku baik, ada sorang hamba Allah ni update blog (lupa plak aku nak save link dia) Dalam blog tu, ada dia letak gambaq kad appointment. Belasah aku call. Dipendekkan cerita, aku explain lebih kurang, Hosp Putrajaya cadangkan aku bawa tok ke Hospital Serdang. Sebab, Hosp Putrajaya tak da pakar jantung. 

Alhamdulillah, Hosp Serdang, aku call takdan 4 kali ringing, dah berjawab. Mesra ja suara yang jawab panggilan aku. Sejuk lah sikit hati nih. Dia advise aku datang lepas maghrib. So, dalam pukul 7.50petang camtu, aku gerak ke Hosp Serdang. Ok, yang ni aku puji. Sevice cepat, pukul 10.30 malam dah setle amik ubat semua. Maybe sebab tok warga emas kan. Tak sempat sampai kaunter, tak sempat ambil ic untuk daftar, nurse dah bawa tok utk cek jantung dulu. memang cepat lah. Lepas tu baru daftarkan details tok. Zon kuning. jumpa doctor, cek lebih kurang, ambil darah, buat xray. Melalui cerita tok, doc kategori kan bukan serangan jantung. Tapi, lebih kepada saraf dan tulang. Especially bila tengok tulang bahagian tengkuk tok memang dah tak normal bentuk dia. So, takpa.. dapat ref letter pergi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. 

Aku puas hati sangat-sangat dengan Hospital Serdang ni, walaupun aku tak puas hati, wheelchair kena cari sendiri :P Pastu ada staf.. staf ok.. aku tak nampak plak tag nama dia.. pemalas nak pergi cari wheelchair kat depan sana,.. main ambik ja wheel chair aku. Kang tok nak guna camana?? tumbuk kang. huhu.. Esok mak bawa tok pergi jumpa pakar tulang kat Hospital Sultanah Bahiyah. Harini consult ubat untuk jantung dulu, kat Hospital Kuala Nerang. Alhamdulillah. 




Ni tok aku. Dari kecil aku tinggal dengan tok. Mak abah pindah ke Langkawi masa aku Darjah 3. 
Aku takmau ikut, sebab sayang tok lebih    =) 


2 comments:

  1. semoga tok sentiasa sihat ... umur panjang dan murah rezeki ....

    ReplyDelete