Aqil Hadif

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, November 22, 2010

RANDOM UPDATES

fuh.. Hadif baru lena. Dia berjaga dari pukul 9mlm tadi. ;P ting tong aku rasa!!


Alhamdulillah, Hadif dah 21 hari ni. So far tak banyak ragam. Cuma, aku perasan, dia akan berjaga dari pukul 9pg-11pg... dan 9mlm - 12tgh mlm atau sampai pukul 1 pagi. Masa-masa lain dia tdoq ja..

Hafiy pun setakat ni sangat-sangat baik. Suka kiss adik. Ada sekali tu Hadif dalam bilik.. dia tak perasan aku intai dia kat pintu, dia naik katil, kiss Hadif. Bahagia. Sekarang pon, kalau Hadif nangih, dia dulu la yang sampai kat adik, dodoi bagi adik lena. Cuma masa mula-mula dia kuat merajuk. Silap sikit dia terbaring tunjuk perasaan. Aku kadang-kadang hilang sabar. Mula-mula dulu aku marah sampai last-last aku yang menangis. Aku menangis sebab bersalah sangat marah dia. Lama-lama, aku layan ja la merap dia. Aku faham, mungkin dia rasa terabai, tengok2 aku asyik dengan Hadif. Mak aku kata, mungkin dia berperangai macam tu sebab rasa terancam dan tersisih. Sedih.

So, tadi aku tukar strategi. Eceh :P . Hadif mak jaga. Aku banyak spend dengan Hafiy, main lukis-lukis, main remote car, ajar baca ABC. Tadi jugak, Hafiy dah pandai baca dari A-F... jadi la dengan umur dia yang baru nak masuk 2thn, belum petah bercakap pon... Alhamdulillah, aku tengok 'strategi' aku menjadi. Hari ni dia behave sangat. Merajuk pon tak. Kalau sebelum ni aku mintak dia kiss... nun.. terbaring dia tak nak. Segenap penjuru dia bawa diri. Tapi hari ni perangai dia dah ok. Lega aku rasa, tak la aku rasa bersalah sangat! huh!

Lagi satu, aku rasa susu badan makin kurang. sedih. Aku ingat nak breastfeed, sekurang-kurangnya sampai Hadif 6 bulan, tapi....

Apa ha petua nak bagi air susu banyak??? TOlong la share. (TQ in advance)


Lately macam-macam dalam kepala aku. Aku rasa mungkin sebab aku kat rumah, jadi banyak benda aku dok perhati, aku baca, aku dengar dan ada situasi yang melibatkan kawan-kawan aku sendiri. Aku jadi insaf. Rasa macam aku kurang bersyukur. :(

Bila aku tengok anak-anak aku yang sihat dan cerdik (pada aku) membesar dengan baik, lagi la aku bertambah rasa bersalah.

Alhamdulillah, aku juga dikurniakan Mie, yang tak pernah jemu layan perangai aku (walaupun aku kadang2 suka merajuk tadak pasai) hahaa...






*Aku mohon padaMu, diberi kekuatan, ditingkatkan iman dalam diri aku, semoga aku lebih mengabadikan diri aku padaMu. Semoga aku tidak lupa dan leka dengan janji-janjiku padaMu. Amin.


10 respons:

fruitted said...

kak mona ni tips yg farehah amalkan utk byk susu - makan sawi byk2. sawi ms pantang mmg farehah tak penah miss la tiap2 ari mkn buat sup. air mmg kena minum byk. kalo kak mona mmg pantang minum air byk, minum sup sawi tu. pehtu try bagi susu badan tiap 2 jam skali. minum susu. farehah minum pagi n minum petang. kalo tak minum susu bole ganti dengan horlicks. lobak putih pon bg byk susu gak. kurma pon sama. pehtu yang paling penting, jgn stress. sekian tips dariku hehe!

monamie said...

ok2.. ekekke.. nanti kmona try na.. sedih ah susu kurnag... geram2.. tq farehah suka merajuk! haahaa

puterikurekure said...

banyak petua yang nak bagi susu banyak. slalu kita dengar diorang suruh makan lobak putih. tapi tu la...dalam pantang boleh ke mamam lobak ptuih? hehe.

hafiy kuat majuk tu ikut pangai sapa? hmm...~

monamie said...

heee.... tu la, ada ckp jantung pisang...


T_T wuuuu...perangai sapa haaaa ;p

mamanoa said...

air soya/tau fu-fa, sengkuang cina or air/buah longan/laici pun boleh menambah kan susu..
tp yg penting minum air byk & kerapkan penyusuan atau pengepaman(kalu anak tdo)sebaiknya 2jam skali atau sejam sekali try pam, dpt 1-2oz pun xper..asalkan kerap...
insyaAllah dlm seminggu 2 susu akan bertambah..

monamie said...

tq mamanoa. insyallah mona cuba. mama mesti expert! :D

eima said...

tatau la kak... org pun bf fahim kejap je die tak mo ...nk keringkan susu tau la ... hehe

Life Of My Lovely Family^_^ said...

Kak mona sayang: huhu... cute la Hafiy layan adik dia.. nie buat nurul semangat nak pregnent jugak next year.. nnt kan lah.. chewah hahah.a..

monamie said...

haaha... sekeh kang manja ni! i am series ok! :P

chaiyok nurul! u can do it! heee...

pjotchan said...

hurm..fiza pn dlu susu cpt kering..ni kwn ada bg petua, dia soh mkn mee sua..cubalah!!!