Aqil Hadif

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru

Hi 2010. Bye Bye 2009.



Esok tahun baru.
harap berubah kepada yang lebih baik...
moga banyak barang baru jugak ;P












Friday, December 25, 2009

RANDOM






aku kat kuala nerang ni!

baru sampai petang tadi...hampir 6 jam dalam keta.. letih!
Nasib baik Hafiy tak meragam... tapi dari Ipoh sampai Kuala Nerang 3 kali gak la Hafiy bangun tidoq! -cian anak mak ni! ;)

Esok aku balik Ipoh. Kali ni bawa tok sekali.
Minta tolong tok tolong jagakan Hafiy masa aku keja.. aku bawa Hafiy balik Ipoh sebab minggu depan mama nak buat kenduri sket.. so nak Hafiy ada sama... sebab nak sambut birtday Hafiy yang ke satu.. (belated sebulan!) ;P

Hafiy batuk dan selsema. Kesian. Sedih. Last 2 days demam skit, tapi ni demam dah ok, batuk still ada.. selsema pon ada lagi. Tapi aku lega sebab Hafiy aktif ja main... kalau dia melepek leti, aku takut! ;(

Last Friday kan cucuk untuk dose 1 tahun, Dr. Chua, paed hafiy, ada cakap... most probably after 5 days, akan demam... dan akan naik rashes kat badan... so mungkin sebab tu kot demam... tapi rashes tu aku tengok tadak la lagikk.. minta2 semua ok. kesian!!







p/s: hafiy sayang, cepat sembuh na sayang... ;(


Tuesday, December 22, 2009

NEW GADGET ;)

Dulu aku teringin sangat nak handphone nih...
sebab abah aku pakai...aku tengok.. jadi jatuh cinta!
sebab utama kerana ia adalah touch screen hp! ;P

last 2 days mie hint nak beli handphone!
ting! kepala aku ingat hanphone nih!
tapi bila pikiaq2 balik..
macam dah ramai yang pakai hp nih...
aku minta mie suggest handphone lain..
apa pon tak kisah.....
janji touch screen, kamera best!
hee... maka dengan ini selamat la Sony Ericssons Xperia X1 menjadi hak milik aku.. yeay!



♥Thanks to you hazrul helmi! Muaahh!! :-* ♥

Thursday, December 17, 2009

..........

Kat luar tu tengah hujan.. sejukk.. aku rasa sakit kepala.. dari siang tadi.
Rasa pusing-pusing kepala nih! pasaipa pon tak tahu...
samada panas ... ataupon terlebih sejuk! kat luar panas, ekon kat ofis sejuk sangat pulak! haih!

time aku menaip ni.. aku dah kat rumah.. tunggu mie balik .. (tapi macam dengar enjin kereta mie kat luar) ...


yes! dia dah balik! yeay!

bye. got to go. ttyl. mungkin next update dari kuala nerang! yeay! ;)







Wednesday, December 16, 2009

WEEKLY PLAN ;)

helo! hari ini hari Rabu!
Esok hari Khamis! yeya! -pasaipa aku suka... pasai... aku adalah akan balik Kuala Nerang untuk berjumpa dengan jantung hatiku yang kecik itu! ;)




Jumaat, 181209, kami akan ke Kedah Medical Center, Alor Setar, Insyaallah nak cucuk Hafiy untuk 1yr dose. "alaaa... tecian anak mak!" :( Harap-harap jangan demam na sayang...

Sabtu belum ada plan! Rasanya rest kat rumah ja.. spend the day sungguh-sungguh di rumah.

Ahad dah kena balik Ipoh, tapi kali ni semangat skit nak balik Ipoh sebab nak bawa Hafiy sekali sebab 21-22 Disember 09, (Isnin dan Selasa) ofis aku ada family day. Harus la heret Hafiy sekali. ;) Family Day kali ni buat kat Teluk Batik Beach Resort.

Rabu aku cuti nak jaga Hafiy kat umah. Khamis, Qilah plak cuti jaga Hafiy kat umah,

Jumaat mungkin balik Kedah balik. sigh!






Monday, December 14, 2009

INTERNET KEMBALI BERFUNGSI ;p







Saya bersiaran dari ofis!



hihi... nasib baik harini internet dah ok.. dah la sehari ni bos tadak! yeay! :P






Saturday, December 12, 2009

SAMBUNGAN... DI LUAR KAWASAN



Baru sampai rumah pukul 4.00 tadi.
Letih sebab panas. Mengantuk sebab letih.
Off to dreamland.







Friday, December 11, 2009

DI LUAR KAWASAN

;) sambil-sambil tunggu mie mandi, aku online sat.
sat lagi lepas makan, kami akan ke Bukit Merah.
Tidoq hotel apa ntah, lupa nak tanya mie... tak kisah la...janji tidoq hotell!! ;P
aku suka tidoq hotel., nanti ada umah sendiri nak buat interior bilik macam hotel la! muahaha :P (berangan lebih.. takpa.. tak salah berangan, tak kacau orang :P :P)

oh, lusa-sabtu, ada family day TNB kat Bukit Merah. yeay! (tapi tak seronok.. sebab tak dapat bawa hafiy.. :(( takpa.. tunggu 21-22 Dis, insyaallah aku nak bawa hafiy join Family Day SPRM! ;P insyaallah)


got to go! satgi kena bebel sebab lambat bersiap :P bye!



Thursday, December 10, 2009

SUDAH LAMA SAYA TIDAK BERINTERNET DENGAN JAYANYA!

bluergghh!! ;P boring kan bila di zaman serba maju ni takleh nak berinternet!
lagi tambah bengang,... harapkan pagar, pagar makan padi! ahaha... (tak sesuai tau guna simpulan bahasa nih!)

bukannya apa.. sejak hari isnin haritu internet a.k.a streamyx kat ofis aku ni adalah weng! kejap2 ok.. tp most of the time tak ok lah! geram... nak load farmville .. fishville.. cafe world pon berejam! dah habis load.. buleh plak hang! grrrr..... (sabar mona.. sabar...)

dah sedapkan hati internet ada kat rumah... pon problem gak! dari pukul 8 mlm sampai pukul 11 mlm... aku dok tunggu fishville nak load! ya allah... tekanan... sangat tekanan!

kalau dah sampai pukul 11mlm tu.. baik la aku get myself to dreamland! seronokkkk... :P

ps: pinjam broadband kaklaney! thanks to you kaklaney! ;)









Wednesday, December 2, 2009

happy 1 year old Aqil Hafiy =D

cepatnya masa ni berlalu. rasa macam tak puas treat hafiy as new born baby,.. dia dah pandai meniarap, pandai merangkak, dah macam-macam aksi- yang tak reti aku nak describe, Allah ja tahu macamana perasaan aku dan mie sebagai mak dan abah kepada aqil hafiy. subhanallah.

hari ni hafiy genap 1 tahun. Alhamdulillah sepanjang satu tahun ni, hafiy tak banyak masalah, Alhamdulillah, he just doing great! Aku yakin, Allah tahu apa yang tersirat dan tersurat di hati kami, betapa kami bersyukur kerana dianugerahkan anugerah yang sangat bernilai.




video

kat penang, nak join abang2 main!





Aku mohon padaMu Ya Allah, semoga Aqil Hafiy terus mendapat rahmat dan keredhaanMu Ya Allah. Aku mohon Aqil Hafiy diberi kesihatan yang baik, dan membesar dengan izinMu supaya menjadi anak yang soleh serta beriman kepadaMu Ya Allah. Aku mohon padaMu Ya Allah semoga Aqil Hafiy menjadi anak yang cerdik serta berguna untuk agama, bangsa dan negara. Amin.




Tuesday, December 1, 2009

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

untuk maklumat dan syarat yang lebih lengkap.. do visit... iburifqi

hihi..nak join contest ni, mana la tau sempena esok genap setahun umur hafiy, mungkin ada rezeki! best tau dapat hadiah,...tapi, yang paling penting, mak hafiy ni dapat tambah kawan! ;p
terima kasih kepada ibu rifqi, sebagai penganjur contest.

hihi ;) wish hafiy best of luck! amin...




Nama anak: AQIL HAFIY BIN HAZRUL HELMI
Tarikh lahir: 02 Disember 2008
Umur: 11 bulan 4 minggu ;)








glitter-graphics.com